Thursday, May 31, 2012

PM Bukan Melayu: Nik Aziz Restu Impian Karpal Singh?



Suatu ketika dulu dalam tahun 1990, pemimpin utama DAP, Karpal Singh pernah mencabar PAS supaya melangkah mayatnya dahulu sekiranya PAS masih berkeras untuk meneruskan hasratnya untuk menubuhkan negara Islam.

Kira-kira 20 tahun berlalu, akhirnya PAS membatalkan hasrat untuk mendirikan negara Islam dengan alasan dalam Al-Quran tiada disebut negara Islam. Tanpa perlu melangkah mayat Karpal Singh akhirnya PAS tewas dan DAP bertepuk tangan gembira teruja.

Sepanjang awal tahun 1990-an, PAS gah bercakap perihal hukum hudud yang mahu diaplikasikan dalam pemerintahan negeri dan negara, namun selepas lebih 20 tahun berlalu Karpal Singh dan DAP membuktikan kemampuan mereka mengawal selia halatuju PAS.

Sekali lagi PAS tunduk pada kuasa politik DAP apabila hukum hudud kemudiannya ditongsampahkan oleh pembangkang kerana mengutamakan Buku Jingga.

Beberapa ketika yang lalu, kalimah Allah s.w.t menjadi isu kontroversi apabila pihak gereja Kristian menuntut hak penggunaan kalimah tersebut, sebagaimana biasa respon PAS ialah tunduk pada tuntutan tersebut semata-mata mahu menjaga kerjasamanya dengan DAP.

Untuk entah kali ke berapa, PAS mengalah lagi dek kerana takutkan kekuatan yang dimiliki oleh DAP disamping kelemahan PAS itu sendiri yang sudah tenggelam dalam angan-angan untuk ke puncak kuasa dengan bantuan non muslim pro DAP.

Beberapa hari yang lepas, Karpal Singh menganggap pelan transformasi yang dirintis oleh Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tidak meluas dan hanya berada di pinggiran sahaja. Alasannya kerana status Bumiputera kini sepatutnya turut meliputi kaum lain yang lahir pada atau selepas negara merdeka.

Seperti biasa penyokong dan pemimpin PAS tampil mengangguk dan mengiakan tuntutan DAP itu atas nama samarata dan keadilan.

Kini, Karpal Singh sekali lagi buka mulut meluahkan hasratnya yang mahu mengangkat seorang Bukan Melayu sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kata Karpal Singh, "Saya tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri termakbul dalam era saya, namun saya tetap akan memperjuangkan impian ini".

Respon awal dari PAS khususnya Nik Aziz, agak mengecewakan. Tiada bantahan keras ataupun persoalan yang dibangkitkan melainkan sekadar menyatakan kenyataan Karpal Singh itu hanyalah kata-kata dari seorang yang sudah tua. Dengan kata lain, bagi Nik Aziz kenyataan berbaur provokasi oleh Karpal Singh itu boleh diremehkan begitu sahaja.

Sedangkan sejarah menunjukkan tiap bait kata yang keluar dari mulut Karpal Singh seringkali melambangkan prinsip dan dasar DAP sebagaimana dibuktikan dalam bantahan keras DAP terhadap isu negara Islam, hukum hudud, isu kalimah Allah s.w.t, hak keistimewaan Melayu & Bumiputera dan lain-lain.

Justeru itu, melihat pada respon Nik Aziz yang seumpama melepaskan batuk di tangga, rasanya tidak salah untuk kita beranggapan yang Nik Aziz sebenarnya seperti merestui kenyataan Karpal Singh yang mahu jawatan Perdana Menteri dikuasai oleh bukan Melayu.

Untuk menguasai pemerintahan negara secara majoriti mudah, pembangkang hanya memerlukan 112 kerusi daripada keseluruhan 222 jumlah kerusi parlimen. Sekiranya 40 kerusi parlimen pembangkang itu milik DAP dibantu dengan sokongan 20 lagi ahli parlimen PKR bukan Melayu, tentu saja impian DAP mudah tercapai.

Bayangkan jika benar tampuk pemerintahan negara ini jatuh ke tangan pembangkang, tika itu mahukah Nik Aziz berdolak dalik mengatakan kenyataan Karpal Singh itu hanyalah ucapkata dan angan-angan orang tua sahaja?

Tuesday, May 29, 2012

Pernahkah Isteri Lim Guan Eng 'Kacau' Ng Paik Kheng?




Ng Paik Kheng mungkin nama yang kurang dikenali.  Dia bukan bintang filem, bintang sukan pun bukan, tapi ada sesuatu mengenai dirinya yang akan menjadikannya popular – walaupun bukan dalam skop popular seperti mana membabitkan artis dan selebriti ternama.

Dihikayatkan bahawa Ng Paik Kheng ada hubungan terlarang dengan seseorang.  Siapa orang itu penulis tidak tahu tapi hubungan terlarang itu menyebabkan ADUN Kota Laksamana dari DAP, Betty Chew begitu terganggu dengannya, sehingga sanggup mengambil tindakan sendiri dengan 'mengacau' wanita tersebut.  Khabarnya, bukan mengacau yang biasa ni, tapi ada sentuhan fizikal juga.

Isu ini sudah menjadi perbualan panas dikalangan inner circle DAP yang rapat dengan Betty Chew.

Asalnya, kita tidaklah berminat dengan masalah apa Betty Chew dengan perempuan tersebut.  Tapi sebab ia membabitkan orang politik, maka kita wajiblah mengambil tahu hal yang sebenarnya.  Orang politik ni macam orang seni juga, privasinya tu milik rakyat sebab yang meletakkan mereka di puncak kuasa pun rakyat juga.

Lebih-lebih lagi bila dah masuk bab-bab kaki tangan naik ni, sudah tentulah rakyat perlu tahu, paling tidak, apa hal sebenarnya yang berlaku?

Itu satu hal, satu hal yang lain ialah bila maklumat yang kita terima mengatakan, jentera propaganda DAP bersungguh-sungguh untuk menafikan kewujudan perempuan ini.  Sehingga ke satu tahap, penulis dimaklumkan gambar dan nama Paik Kheng ini ditukar untuk mengelak identiti sebenarnya dari diketahui orang ramai.   

Tapi kita pun hebat juga, kita ada gambar dan nama yang sebenarnya.

Kesungguhan ini semualah yang mencetuskan tanda tanya yang lebih besar.  Mesti ada sesuatu yang besar cuba ditutup dari pengetahuan ramai.   Sebab, kali terakhir 'kesungguhan' sama digerakkan jentera propaganda DAP ialah ketika salah seorang anak Ketua Menteri Pulau Pinang dikaitkan dengan cubaan meraba buah dada seorang pelajar perempuan di Pulau Pinang. 

Pokok pangkalnya, jentera propaganda DAP tidak akan bersungguh seperti ini kalau kes itu tidak serius dan boleh menjejaskan parti tersebut.

Justeru, penulis rasa, wajiblah untuk Betty Chew tampil dalam satu sidang media khas untuk menjelaskan hal ini kepada umum.  Betulkah dia ada 'mengacau' perempuan tersebut seperti mana yang digambarkan di atas.  Sebab kalau ada berlaku kejadian seperti itu, rosaklah imej DAP selama ini yang berbangga dengan konsep akauntabiliti dan intergritinya.

Mana boleh letak undang-undang di tangan sendiri, Betty Chew sepatutnya tahu ini.  Kalau ada kesalahan Paik Kheng ini yang menyalahi undang-undang, laporkan pada polis supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.  Penulis rasa, ramai orang dalam DAP yang boleh menasihatkannya tentang undang-undang, kot kotlah kalau dia tak faham.

Lainlah kalau kesalahan Paik Kheng ini tidak ada kaitan dengan undang-undang tapi lebih kepada peribadi?

Apa pun kita tak berminat nak bincang soal ini dari sudut kesensasiannya, walaupun kalau nak diikutkan, itulah yang menarik sekali dalam politik ini.  Kita cuma mahu tahu bagaimana perbuatan yang melanggar undang-undang ini dilakukan oleh seorang penggubal undang-undang, walaupun diperingkat negeri.  Hari ini negerilah, besok lusa mungkin parlimen pula.  Perkara ini bukan mustahil berlaku dalam DAP, yang hanya dikawal dan dikuasai beberapa kerat pemimpin dari kalangan keluarga tertentu sahaja, sejak dulu hingga sekarang.

Apalah rupanya nanti kalau penggubal undang-undang sendiri pun langgar undang-undang?

 

MATLAMAT SEBENAR AMBIGA ANJUR BERSIH UNTUK HANCURKAN MELAYU





Keengganan Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Ambiga Sreenevasen untuk meminta maaf kepada rakyat Malaysia terhadap rusuhan yang berlaku semasa himpunan pada 28 April lalu, menunjukkan belang sebenarnya.

Rusuhan yang sepatutnya telah gagal menggerakkan hati kecilnya untuk menyedari dan mengaku kesilapan yang telah beliau dilakukan terhadap rakyat negara ini.

Sebaliknya Ambiga dengan angkuh dan bongkak berkata beliau hanya mahu meminta maaf kepada generasi muda kerana tidak berjuang dengan lebih gigih untuk prinsip-prinsip Bersih 3.0.

Dalam erti kata yang lebih mudah difahami, Ambiga bermaksud bahawa biarpun negara Malaysia yang dicintai terbakar atau punah sekali namun ini tidak penting.

Yang lebih penting Ambiga dan kuncu-kuncunya dari parti pembangkang berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional melalui demonstrasi jalanan dan keganasan.

Ambiga yang sudah menjadi sebati dengan jiwa pembangkang bercakap mengenai nilai-nilai murni seperti keadilan, ketelusan dan proses pilihan raya ang bersih tetapi hakikatnya apa yang mereka rancang dan laksanakan dalam tiga perhimpunan Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 adalah menyimpang dan jauh sekali nilai-nilai yang mereka perjuangkan.

Sebenarnya, penyokong-penyokong PAS dan PKR gagal memahami bahawa tujuan sebenar Ambiga ialah untuk memecah belahkan orang Melayu.

Perlu ditanya mengapa dalam dua himpunan yang telah diadakan sebelum ini amat sedikit sekali penyokong Cina yang hadir malah daripda kaum India boleh dibilang dengan jari.

Hanya pada Bersih 3.0, peserta Cina meningkat secara mendadak dan seolah-olah berani menunjukkan kekuatan mereka.

Ini semuanya adalah perancangan parti rasis DAP yang kini beryakinan mereka boleh mengalahkan BN dengan memperkudakan pemimpin serta penyokong dari kalangan orang Melayu daripada PAS dan PKR.

Ambiga bersama-sama DAP secara licik berpakat untuk memecah belahkan lagi orang Melau kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil kerana ini akan memudahkan mereka melaksanakan dasar pecah dan perintah.

Melayu yang bersatu tidak mungkin dapat dipatah kekuatan perpaduan yang ada tetapi Melayu yang lemah dan rapuh perpaduan mereka akan menjadi amat senang bagi pihak musuh untuk meratah mereka.

Anwar serta pemimpin PAS seperti Abdul Hadi dan Nik Aziz samada menyedari atau jahil terhadap senario yang membahayakan umat Melayu di negara ini telah menghulurkan leher mereka untuk disembelih oleh Ambiga dan DAP.

Tangan Anwar, Abdu Hadi dan Nik Aziz berlumuran dosa perpecahan Melayu disebabkan tindakan mereka bersekongkol dengan DAP.

Mereka patut bertanya kepada diri mereka sendiri, mengapa tidak seorang peserta Bersih 3.0 daripada kalangan kaum Cina pun yang didakwa berkaitan keganasan yang berlaku?

Mengapa gambar lebih 100 individu yang dikehendaki polis hanya terdiri daripada pemuda-pemuda berbangsa Melayu?

Jika benar orang Cina dan India ikhlas menegakkan keadilan, ketelusan dan proses pilihan raya yang bersih, mengapa orang Melayu sahaja yang sanggup berjuang berdepan dengan tindakan polis dan FRU?

Di manakah komitmen orang Cina dan India atau adakah mereka hanya merupakan golongan opportunis yang tidak sanggup berjuang tetapi menunggu untuk meraih hasil perjuangan orang Melayu sahaja?

Pemimpin Melayu seperti Anwar sanggup melacurkan maruah bangsa sendiri kerana cita-cita peribadi untuk menjadi Perdana Menteri, sekalipun negara tergadai.

Pemimpin PAS pula sanggup menjual islam sebagai komoditi murahan kepada DAP dan PKR hanya kerana gilakan kuasa dan pangkat.

Ambiga dan DAP pula mengeksplotasi sifat tamak dan gila kuasa yang bermaharajalela dan sanubari Anwar, Abdul Hadi dan Nik Aziz untuk memastikan orang Melayu akan terus bertelagah dan berpecah sehinggalah Tanah Melayu ini menjadai milik mereka suatu hari nanti.

Pada ketika itu objektif sebenar ketiga-tiga himpunan Bersih akan menjadi realiti kerana sememangnya pada masa itu ia akan menyapu bersih semua hak Melayu dan menjadikan bangsa ini sebagai pengemis di bumi mereka sendiri.














Mana Lebih Penting, Air atau Bolasepak?



Kejayaan pasukan bolasepak Kelantan The Red Warriors (TRW) menjuarai Piala FA masih lagi menjadi bualan hangat dikalangan ramai rakyat Kelantan sekalipun di peringkat nasional topik tersebut sudah kurang menarik perhatian.


Kehangatan topik tersebut dikalangan rakyat Kelantan khususnya peminat sukan bolasepak tidak sukar diduga setelah mengambil kira inilah julung kalinya Piala FA berada dalam genggaman Kelantan.

Sebagai menghargai kejayaan tersebut, KAFA telahpun bersetuju untuk memberi imbuhan & ganjaran berjumlah RM500,000.00 yang akan dibahagi-bahagikan sesama pemain dan pegawai pasukan TRW.

Manakala kerajaan negeri Kelantan pula melalui EXCO Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Datuk Abdul Fattah Mahmood juga telah menyuarakan hasrat untuk mempertimbangkan pemberian ganjaran kepada para pemain TRW.

Baguslah begitu, menghargai penat lelah dan usaha keras pemain yang mengharumkan nama negeri tentu sahaja berbaloi malah mungkin menjadi rangsangan kuat kepada para pemain untuk terus maju ke depan.

Pun demikian, sukalah penulis menyarankan kepada kerajaan negeri Kelantan sementara menanti keputusan muktamad diputuskan dalam hal ganjaran tersebut, barangkali elok juga dipertimbangkan sama satu peruntukkan khusus untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan.

Bukan apa, balik-balik asyik mengharapkan Kerajaan Pusat saja yang bantu meringankan permasalahan air di Kelantan sedangkan kerajaan negeri pula acapkali berlepas tangan menuding jari, nanti orang kata lebih baik serahkan terus pengurusan air Kelantan kepada Kerajaan Pusat.

Lagipun kalau Kerajaan Pusat saban tahun boleh ambil cakna dan tidak lokek berbelanja puluhan juta ringgit tiap tahun untuk membantu rakyat negeri Kelantan dalam isu air bersih, mustahil pula menjadi kesukaran untuk kerajaan negeri turut sama menyertai usaha tersebut.

Misalnya dalam tempoh berbelas tahun Kerajaan Pusat telah membelanjakan hampir setengah billion hanya dalam isu air sahaja (tidak termasuk pinjaman RM600 juta kepada kerajaan negeri Kelantan).

Terbaru bagi tahun 2011, sejumlah 7,868 buah keluarga di beri bantuan dan masalah bekalan air bersih yang dialami mereka berjaya diselesaikan melibatkan perbelanjaan RM 16.5 juta.

Untuk sepanjang tahun 2012 ini pula dijangkakan sejumlah 4,639 buah keluarga yang menghadapai masalah sama dapat menjalani kehidupan normal seperti orang lain yang menikmati bekalan air bersih dengan anggaran perbelanjaan sekitar RM 10.4 juta.

Semua yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat itu kerana melihat bekalan air bersih adalah amat penting demi kebaikan & kehidupan rakyat Kelantan. Jadi mengapa tidak kerajaan negeri juga menggandakan usaha untuk menyelesaikan segera permasalahan tersebut?

Kalau dalam hal sukan kerajaan negeri boleh sebegitu laju terfikir untuk mengeluarkan peruntukkan khas menghargai pemain, takkanlah sukar pula untuk mengeluarkan perbelanjaan dalam jumlah tertentu khusus untuk membantu rakyat Kelantan yang hampir 30% belum menikmati air bersih.

Di antara bekalan air bersih yang menjadi sumber kehidupan dan ganjaran untuk pemain bolasepak, rasanya ramai yang waras fikirannya tahu mana satu yang lebih penting dan wajar didahulukan.

Tapi kalau kerajaan Kelantan yang sudah 22 tahun memerintah masih juga melihat masalah air itu boleh diremehkan dan ditangguhkan untuk 17 tahun lagi demi mendahulukan bolasepak, maka terpulanglah pada pengundi di Kelantan untuk menilai setakat mana prihatinnya kerajaan negeri yang selama ini gah mendabik dada mempromosikan slogan negeri berkebajikan

Monday, May 28, 2012

Sila daftar online untuk Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Negeri Melaka 2012



Konvensyen Media Sosial 1Malaysia peringkat Negeri Melaka
Tempat: MITC Melaka
Tarikh: 10 Jun 2012 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi

Kepada anda yang berminat untuk menyertai konvensyen ini sila daftar dengan klik di SINI

Tuesday, May 22, 2012

PROJEK DAP PIKAT MELAYU GAGAL, BAKAL KECUNDANG PADA PRU13

 



Keputusan mengejut Naib Presiden DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim meninggalkan parti itu bukan sahaja merupakan pukulan hebat kepadanya tetapi juga menjagi bukti kukuh bahawa ia adalah sebuah badan politik yang rasis dan hanya mementingkan chauvinisme Cina.

Tiga tahun lalu DAP menganggap kejayaannya memancing Tunku Aziz menganggotai parti itu sebagai kejayaan besar, lantas diberi beliau satu jawatan tinggi.

Tiga tahun kemudian, tindakan mengambil Tunku Aziz menjadi satu mimpi paling ngeri baginya.

Bekas pengerusi Transparency International Malaysia itu meninggalkan DAP apabila menyedari parti itu bukanlah memperjuangkan prinsip 'Malaysian Malaysia' seperti mana yang diwar-warkan selama ini, tetapi rupa-rupanya sebuah organisasi politik yang anti-Melayu dan bergerak seperti sebuah sistem diktator.

Ini terbukti apabila Tunku Aziz yang menjadi satu-satunya pemimpin tertinggi berbangsa Melayu, tidak disambung menjadi Senator apabila mengkritik perhimpunan Bersih 3.0.

Sebenarnya sekalung tahniah perlu diberikan kepada Tunku Aziz atas tindakan berani beliau itu.

Beliau membuktikan bahawa projek DAP untuk menawan hati orang Melayu supaya menyokong parti itu telah gagal.

Hanya masa sahaja akan menentukan sebelum saki baki orang Melayu yang terperdaya dengan DAP akan meninggalkan parti itu.

DAP yang cuba menunjukkan dirinya sebagai pejuang orang Melayu akhirnya terdedah sikap dua muka dan hipokritnya.

Lihat sahaja gambar-gambar peserta Bersih 3.0 yang dicari oleh pihak polis, rata-rata semuanya adalah anak-anak muda Melayu.

Di mana penyokong DAP? DAP bertindak baling batu sembunyi tangan dalan Bersih 3.0.

Mereka mengguna PAS dan PKR sebagai kuda tunggang yang bodoh dan jahil.

Sementara PAS dan PKR menerima semua tindak balas dan kesan negatif daripada rusuhan yang berlaku semasa perhimpunan itu, DAP pula dilihat sebagai sebuah parti yang berdisiplin, patuh kepada undang-undang dan berhemah tinggi.

Penyokong-penyokong Melayu dari PAS dan PKR gagal melihat sikap hipokrit DAP ini malah mereka dengan rela dicucuk hidung seperti lembu mengikut segala kehendak parti itu.

Selagi orang Melayu tidak sedar seperti mana kesedaran Tunku Aziz, selagi itulah mereka akan diperguna dan diperbodohkan oleh DAP.

Sedikit sahaja DAP membantu orang Melayu di Pulau Pinang, dengan cepat ustaz-ustaz PAS dan pemimpin PKR menjulang DAP sebagai parti yang prihatin kepada nasib orang Melayu.

Terus mereka lupa jasa Umno menerusi Parti Perikatan dan Barisan Nasional yang sejak merdeka telah membangun orang Melayu daripada sebuah bangsa yang lemah, dhaif dan seba kekurangan dalam segala bidang kehidupan kepada sebuah bangsa yang sudah mandiri dan maju seperti yang kita lihat sekarang.

Inilah hakikat yang cuba dinafikan oleh DAP dan malangnya atas dasar politik sempit dan gilakan kuasa, PAS dan PKR sanggup melacurkan diri mereka kepada parti rasis Cina itu.

Kini pimpinan tertinggi DAP dalam keadaan gelisah dan takut kerana agenda anti-Melayu sudah terbongkar.

Parti itu tidak berani menghentam tindakan Tunku Aziz tetapi cuba memujuk beliau menarik keputusan beliau itu.

Bagi Tunku Aziz dan orang Mekayunyang lain, bak kata pepatah, sekali kena sudah beringat, kali kedua tidak mungkin disengat lagi.

end.



Guan Eng Cuba Untuk Rasuah Tunku Aziz

 
Tahniah penulis ucapkan kepada Tunku Abdul Aziz dalam membuat keputusan yang tepat untuk keluar dari DAP. Tunku Abdul Aziz dikenali sebagai seorang yang bermaruah, bijaksana dan memegang kepada prinsip yang kuat, sesuatu yang tidak dapat dilihat dalam kalangan pemimpin-pemimpin lain. Keadaan sekarang seperti duit mampu membeli segala-galanya. Namun, Tunku Aziz telah membuktikan bahawa ia adalah tidak benar sama sekali.

Diatas reputasinya yang kuat, adalah agak sukar bagi kita untuk percaya jika Tunku Aziz mudah terpedaya dengan taktik kotor DAP.
Mungkin terdapat kebenaran disebalik kata dimana seorang yang bijaksana tidak mungkin akan jatuh begitu sahaja, tetapi jika mereka jatuh, mereka akan jatuh teruk. Mereka tidak selalu membuat kesalahan, tetapi mereka mungkin selalu membuat kesalahan yang amat besar.
Tun Dr. Mahathir contohnya, beliau telah banyak berjasa kepada negara dan juga dunia. Namun, kesilapan beliau dalam memilih Anwar dan kemudiannya Pak Lah sudah cukup untuk memusnahkan segala kejayaan yang dikecapi.

Keputusan Tengku Aziz untuk keluar dari DAP bukanlah soal kesalahan seseorang dalam politik. Tetapi, ia merupakan satu peluang buat rakyat untuk memahami budaya DAP dan juga pimpinanya.
DAP mungkin menggelar parti mereka sebagai Democratic Action Party, tetapi sebenarnya mereka patut digelar Dictatorial Action Party. Mereka telah dilabel sebagai chauvinis, rasis, angkuh dan juga komunis terutamanya kepada kaum Melayu. Namun, mereka mengabaikan segala fakta tersebut dan menyatakan bahawa ianya adalah sesuatu yang adil dan terbuka untuk semua.
Jadi, tidak sukar bagi kita untuk melihat kebenaran terhadap setiap label yang diberikan kepada mereka. DAP telah terang-terang menyatakan bahawa mereka membangkang apa jua perkara yang melibatkan Melayu. Mereka membantah terhadap penggunaan perkataan kawi di papan-papan tanda, mereka enggan memakai pakaian rasmi di Dewan Rakyat, mereka berkeras untuk melepaskan seorang kanak-kanak yang ditahan polis kerana dia diajar untuk menjadi Cina tetapi mereka terus mendiamkan diri apabila mengetahui bahawa kanak-kanak tersebut adalah Melayu.
DAP adalah parti yang membuat kecoh terhadap azan subuh, dan mereka sering tidak menghormati raja-raja Melayu seperti mereka tidak berkuasa. Bagi rakyat, DAP sering berkerja keras dalam memastikan setiap sekolah dibahagikan mengikut bangsa masing-masing.

Tunku Aziz pada mulanya menyertai DAP dengan harapan untuk membasmi budaya rasuah, untuk membina sistem pentadbiran di Malaysia yang seimbang dan untuk membawa budaya integriti. Tetapi setelah beberapa tahun bergelumang dalam dunia DAP, beliau berkata,"Saya rasakan bahawa saya naif dalam mengharapkan bahawa DAP mempraktikkan apa yang saya mahukan."
"Memang tidak boleh dinafikan bahawa ada antara mereka yang baik dimana mereka menjalankan tugas dengan penuh beretika. Namun, ada juga antara mereka yang sering melanggar undang-undang. Jika keadaan ini perterusan, rakyat akan mula mempersoalkan keadaan ini, adakah mereka boleh dipercayai dalam memegang tanggungjawab yang besar?"
BN mungkin tidak sebersih mana kerana ada juga orang-orang yang jahat. Namun, BN telah membuktikan bahawa parti ini cukup terbuka dan mereka mampu membawa Malaysia dalam arus kemajuan. Jika BN mengamalkan rasuah sepertimana yang dituduh oleh DAP, Malaysia tidak mungkin akan menjadi negara yang aman. 
Dalam satu temuramah bersama akhbar Star hari ini, Tunku Abdul Aziz  mendedahkan segala kerja kotor yang diamalkan oleh DAP. Beliau juga sempat memberitahu bagaimana DAP mengamalkan sikap 'double standard' terhadap penjaja-penjaja dimana penyokong DAP tidak langsung disentuh.

Jadi, secara kesimpulannya, tindakan BERSIH yang melanggar undang-undang adalah antara sebab mengapa Tunku Aziz menjadi tidak selesa dengan DAP, selain daripada keadaan dimana DAP tidak pernah mengamalkan integriti. Tetapi, keadaan yang paling teruk adalah apabila Guan Eng menawarkan beliau kedudukan di DAP dan juga RM50,000.
Keadaan tersebut menunjukkan bahawa DAP adalah parti yang mengamalkan rasuah dan mereka rasakan bahawa mereka mampu memberi memberi rasuah kepada sesiapa saja termasuk Tengku Aziz. Jadi, tindakan untuk keluar parti adalah keputusan yang terbaik boleh dilakukan oleh Tengku Aziz.
Guan Eng mungkin masih boleh cuba untuk menyelesaikan masalah ini. Namun, dia agak terlambat. Rakyat sudah tahu bahawa Guan Eng cuba untuk memberi rasuah kepada Tengku Aziz. Itulah Guan Eng, seorang diktator yang dilahirkan untuk menjadi chauvinis dan juga rasis.




Buku Jingga Lebih Utama dari Al-Quran?




Terbukti sudah isu hudud hanyalah gimik politik PAS sekadar untuk mengabui mata masyarakat Islam demi kepentingan politik kepartian. Bab sembang secara teori boleh kata semua pemimpin PAS dari bawah hingga atas cukup gah bercakap seolah-olah hari ini juga hudud akan dilaksanakan.

Itu teori, tapi bila masuk bab praktikal semuanya hancur manakan tidak, jawatankuasa teknikalnya hingga kini pun tak pernah selesai di susun dan satu mesyuaratpun tak pernah dibuat.

Terbaru, Presiden PAS, Hadi Awang sekali lagi nak tunjuk jaguh dalam isu hudud tapi sayangnya kejaguhannya hanya bertahan sehari dua saja. Sekali kena herdik dengan Karpal Singh terus tunduk malu nak angkat muka.

Melihatkan si Presiden dah layu kena herdik, mulalah dua tiga kerat pemimpin muda PAS nak tunjuk hebat konon nak pertahankan maruah parti sambil menegaskan hudud akan dilaksanakan juga nanti jika PR memerintah.

Cara pemimpin-pemimpin muda PAS bercakap dah macam ayam berkokok tahi sendiri lekat di ekor. Macamlah kerusi Parlimen yang akan PAS tandingi nanti melebihi 150 kerusi dan menang minima 120 kerusi parlimen bagi membolehkan PAS menguasai pembentukan dasar PR jika mengambil alih pemerintahan.

Realitinya, PAS hanya mampu angkat muka seketika untuk tunjuk juara, tak sempat penyokong PAS nak kembang dada rasa bangga, datang Anwar Ibrahim panggil semua kepala-kepala pembangkang akhirnya habis mesyuarat, keputusannya Buku Jinggay juga yang jadi rujukan utama PR.

Kata Anwar semua parti pembangkang dalam PR akan kekal berpegang pada konsesus persetujuan pada 28 September 2011 yang menetapkan Buku Jinggay sebagai dasar bersama.

Ringkas kata, apa sahaja situasi dan apa saja strategik PAS untuk menarik semula undi Melayu Islam yang makin jauh dari PAS kot manapun mesti tertakluk pada Buku Jinggay yang menetapkan tiada tempat untuk perlaksanaan hudud.

Akhirnya jadilah PAS macam ayam jantan kokok berderai-derai tapi tahi lekat di ekor sendiri, dulu sekali sekala bolehlah PAS gebang isu hudud untuk menarik perhatian khalayak Melayu Islam tapi sekarang nak sembang saja pun dah tak boleh sebab risau pengundi Cina DAP pula yang lari dari PR.

Dulu PAS tuduh UMNO lebih mendaulatkan perlembagaan negara berbanding Al-Quran sekarang tuduhan tersebut dah jadi boomerang kena atas muka PAS pula apabila Buku Jinggay kini dah macam kitab suci lebih diutamakan dan bernilai tinggi berbanding Al-Quran.






Monday, May 21, 2012

Ganggu Najib Di London Hanya Untungkan BN



BERLAWANAN dengan tanggapan Anwar Ibrahim bahawa tindakan beberapa orang penyokong Bersih (sebut Pakatan Rakyat) di London semalam akan memalukan serta menjatuhkan imej Datuk Seri Najib Tun Razak, ia sebaliknya bertukar menjadi medan untuk membuktikan kepada dunia bahawa Najib adalah seorang pemimpin yang tidak mudah melatah, sebaliknya tenang dalam menghadapi situasi yang agak 'mencemaskan'.

Mungkin Anwar memikirkan 2 orang penyokong Bersih itu akan digari, ditekan kepalanya kebawah oleh polis UK ataupun pengawal peribadi Najib setelah cuba mengganggu ucapan beliau.  Imej-imej seumpama itu penting untuk menyokong pembohongannya bahawa Najib adalah seorang pemimpin yang zalim.  Tapi itu tidak berlaku, yang berlaku ialah, kedua orang terlibat diam dengan sendirinya setelah di'bahasa'kan oleh Najib secara terbuka. 

Sekali lagi, tindakan yang sepatutnya menjadi senjata menekan Najib, berubah arah kepada menekan Anwar dan Bersih pula.

Tindakan tidak beradab di London semalam, hanya mengulangi tindakan tidak beradab perusuh Bersih 3.0 di jalan-jalan raya sekitar Dataran Merdeka pada 28hb April yang lepas.  Rakyat yang naik meluat dengan kejadian rusuhan di Kuala Lumpur itu, semakin meluat dengan pendekatan hampir sama yang dilakukan oleh 2 ke 3 penyokong Bersih di London semalam.

Kita tidak tahulah dari mana budaya seumpama itu dikutip, yang nyata ia bukan budaya dan pendekatan orang Malaysia.  Dalam tradisi masyarakat yang bertamadun pun, pendekatan 'hostile' seperti itu bukan satu kebiasaan, tak kira apa jua alasan.  Ada banayk pendekatan lain yang lebih baik boleh digunakan untuk menyatakan pendapat dan meluahkan perasaan.

Penulis sangat yakin, perbuatan itu semata-mata dibuat untuk mendapat perhatian media asing yang hadir untuk dijadikan cerita bahawa Najib ditentang oleh rakyatnya sendiri walaupun berada di luar negara.  Hakikat yang sebenarnya, hanya 2 ke 3 orang yang terlibat dan kelakuan biadap itu berlangsung tidak sampai beberapa minit pun.  Tidak cukup untuk mengatakan Najib ditentang rakyatnya sendiri (Malaysia ada 27 juta rakyat).

Kalau itupun dijadikan asas untuk mengatakan Najib ditentang rakyatnya sendiri, nampak sangatlah media asing tersebut tidak berminat dengan kebenaran tapi dengan sensasi dari pemberitaan seumpama itu.

Dari sudut demokrasinya, majoriti rakyat Malaysia sudah memilih Najib sebagai Perdana Menteri dan para minoriti yang lain sepatutnya akur dengan kehendak tersebut, walaupun tidak berpuas hati dengan pilihan majoriti yang lebih besar tapi inilah demokrasi.

Perkara ini jugalah yang disentuh Datuk Seri Najib dalam ucapannya selepas kekecohan yang cuba dicetuskan penyokong Bersih itu dipatahkan oleh beliau sendiri.

Perlu diingat, ada lebih beratus-ratus orang rakyat Malaysia yang hadir dalam sesi di London semalam, dan 2 ke 3 orang ini hanya mengambil kesempatan dari itu untuk menunjuk hero dan provok yang lain supaya turut serta, malang sekali bagi mereka (keuntungan bagi Perdana Menteri), itu tidak berlaku.

Malah kehadiran beliau disitu turut disambut  dengan hangat sehingga berebut-rebut orang yang nak bersalam dengan beliau – pemandangan yang boleh membuatkan bulu mata Anwar, Nik Aziz dan Ambiga terbakar.

Yang nyata, perbuatan biadap itu dan ketenangan Perdana Menteri hanya menguntungkan lagi BN ddalam menghadapi pilihanraya akan datang.  Nak mengatakan Najib dimalukan, penulis tidak nampak dimana yang beliau dimalukan sebab disamping perbuatan biadap itu berlaku dalam masa yang sangat singkat, Najib sendiri yang mengendalikannya dengan mengarahkan penyokong Bersih yang menjerit-jerit itu supaya diam.

Dan mereka benar-benar diam!!!

Semua ini pada penulis hanya akan memudahkan lagi kempen BN dalam pilihanraya akan datang.  Untuk Bersih ini sahaja, ada begitu banyak material untuk menunjukkan kebiadapan puak-puak ini dalam memuaskan nafsu politik masing-masing.

Kalau boleh penulis nak menggesa supaya diadakan lebih banyak lagi perbuatan biadap sedemikian diaturkan Anwar.  Baru senang kerja kami.

Friday, May 18, 2012

Ariff Sabri Ganti Tunku Aziz?



Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang juga Naib Pengerusi DAP dan bekas Pengerusi Transparency International Malaysia yang sejak 2008 bersama DAP kerana yakin parti tersebut benar-benar telus, adil dan ikhlas memperjuangkan demokrasi berparlimen akhirnya terpaksa mengundur diri.

Semuanya gara-gara perbezaan pandangannya dalam isu penganjuran demonstrasi BERSIH 3.0 yang tidak dipersetujuinya kemudian membawa kepada bantahan pemimpin atasan DAP yang menyifatkan Tunku Aziz telah melanggar prinsip kepimpinan DAP selain memalukan parti.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merangkap Setiausaha Agung DAP yang meningkat naik dalam hierarki kepimpinan parti hasil hubungan kekeluargaan dengan Lim Kit Siang (anak & ayah) merupakan antara pemimpin utama DAP yang mengkritik teguran Tunku Aziz berkaitan BERSIH 3.0.

Ringkasnya, apa yang menimpa Tunku Aziz menambahkan lagi koleksi bukti dan kebenaran betapa tempangnya amalan demokrasi dalam kepimpinan DAP. Demokrasi dan kebebasan yang dilaungkan tidak lebih sekadar retorik politik.

Persoalan sekarang, siapakah lagi yang akan menggantikan kekosongan dan kemudian bakal menjadi mangsa 'ketelusan dan kebebasan ala DAP' selepas Tunku Aziz mengundur diri?

Adakah benar ura-ura sumber dalaman DAP yang mahu mengangkat naik bekas ahli UMNO, Ariff Sabri sebagai galang ganti kepada Tunku Aziz benar-benar akan menjadi kenyataan bagi menampakkan betapa multiracialnya DAP selain melanjutkan satu lagi episod 'ketelusan ala DAP'?

Jika diambil kira dari segi strategik kepartian, Ariff Sabri boleh dikira cukup layak memandang pengalaman luasnya sebagai pemimpin pertengahan UMNO suatu ketika dulu yang jika pandai dimanfaatkan oleh DAP tentu saja memberi keuntungan politik.

Pun begitu, seorang lagi Melayu liberal & berfikiran 'terbuka' iaitu Hatta Watari yang juga bekas wartawan Utusan walaupun tidak termasuk dalam senarai, juga berpeluang mengisi kekosongan jawatan 'dummy' yang ditinggalkan oleh Tunku Aziz.

Siapa saja yang bakal menggantikan Tunku Aziz, keputusan muktamadnya hanya akan diketahui beberapa ketika nanti. Yang pastinya pemusatan kuasa kepimpinan sama sekali tidak akan beredar dari tangan Dinasti Lim.

POLEMIK NEGARA ISLAM PAS-DAP AKAN KUBURKAN PAKATAN


Nampaknya setiap kali hampir demam pilihan raya, isu negara Islam akan timbul semula.

Yang menjadi karektor dalam adegan polemik isu negara Islam ialah PAS sebagai protaganis atau pelopor dan DAP yang menentang atau antagonis.

Setiap kali PAS membuka mulut cuba menghidupkan impiannya untuk membentuk Daulah Islamiyah a ala acuan politiknya, DAP akan segera menghentam.

Lebih dua dekad lalu semasa kedua-dua parti masih menjadi seteru ketat politik, Karpal Singh mencabar pemimpin PAS supaya 'langkah mayatnya dahulu' jika berani menampilkan cita-cita perjuangan mereka.

Kini perkelahian mereka masih berterusan; yang berbeza hanya kedua-duanya kini menjadi rakan kongsi dan kawan baik dalam Pakatan Rakyat.

Terkini, Karpal yang sudah menjadi Pengerusia Kebangsaan DAP mengkritik Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerana bercakap mengenai cita-cita PAS mahu menubuhkan negara Islam.

Abdul Hadi berkata sekiranya parti itu menjadi rakan kongsi terkuat dalam kerajaan pusat apabila memerintah kelak, impian itu akan menjadi realiti.

Malah PAS mahu meminda Perlembagaan Persekutuan untuk merealisasikan cita-citanya itu.

Bagi DAP, negara Islam versi PAS akan bermakna berkuburnya parti yang memperjuangkan slogan 'Malaysian Malaysia' - satu perjuangan yang hanya berlandaskan kepada konsep rasisme Cina.

PAS dan DAP hanya bersatu di dalam Pakatan Rakyat atas peranan pujukan PKR yang diterajui Anwar Ibrahim.

Tanpa Anwar, tidak mungkin PAS dan DAP akan duduk semeja apatah lagi tidur sebantal.

Dengan masalah dalaman  melanda PKR yang semakin parah dan kucar kacir, ia tidak lagi mampu menjadi simen yang mencantumkan perkahwinan antara PAS dan DAP.

Tambahan lagi, Anwar yang dibebankan dengan skandal seks songsang berpanjangan tidak mungkin dapat mempertahankan maruah,  moral dan kredibilitinya sebagai pemimpin Pakatan Rakyat.

Mungkin api persengketaan dapat diredakan pada permukaannya tetapi perkelahian PAS-DAP adalah seperti api dalam sekam yang akan membakar seluruh Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.

Setelah lima wakil parlimen PKR melompat menjadi anggota bebas dalam Dewan Rakyat, PKR tidak lagi menjadi blok terbesar dalam pakatan pembangkang.

Jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dalam Parlimen hanya dikekalkan sebagai tanda hormat PAS dan DAP, tidak lebih daripada itu.

PAS dan DAP muncul sebagai dua parti yang lebih kuat daripada PKR.

PKR dilihat sebagai parti ang tidak boleh diharap untuk memimpin pakatan pembangkang kerana kualiti pemimpin-pemimpinnya yang lemah serta tidak kukuh prinsip perjuangan.

Maka dalam pertembungan PAS-DAP kali ini dalam isu negara Islam, mereka mungkin tidak mendengar lagi nasihat Anwar, dan tidak mustahil mengambil haluan masing-masing.

Lagi pun PAS berpendapat mereka tidak lagi memerlukan PKR untuk terus berkuasa di Kedah dan Kelantan, sementara DAP yakin kekal memerintah di Pulau Pinang dan beranggapan pengaruhnya melebihi PKR di Sabah dan Sarawak.

Natijahnya, akan berlaku perebutan kuasa hebat antara PKR, PAS dan DAP menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.

Mimpi gah mereka untuk menawan Putrajaya hanya akan tinggal mimpi dan fatamorgana yang semakin pudar dan akhirnya lenyap.








EGM Majlis Peguam Tidak Sah: Rusuhan di Rumah Lim Chee Wee Pula?

 

Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Majlis Peguam yang diadakan Jumaat lepas untuk membincangkan Perhimpunan BERSIH 3.0 menyaksikan pertelagahan pendapat di antara ahli-ahli yang hadir. 

Beberapa orang ahli majlis tersebut mengkritik sifat berat sebelah dan tidak professional Majlis Peguam dalam membincangkan resolusi kerana jelas pihak jawatankuasa telah  menyembunyikan sebahagian fakta dari dibentangkan dalam perbincangan.  Dalam mesyuarat tersebut, hanya video yang menunjukkan polis memukul perusuh yang ditayangkan sementara video yang menunjukkan keganasan sengaja dicetuskan oleh perusuh langsung tidak ditunjukkan walaupun pihak mereka memilikinya.

Berdasarkan pembentangan fakta yang tidak lengkap itu, Majlis Peguam kemudian telah memutuskan resolusi yang seratus-peratus menyalahkan pihak polis.  Kesalahan pihak penganjur dan perusuh yang mengingkari undang-undang pula langsung tidak diambilkira. 

Tidak cukup dengan itu, terdapat juga rungutan mengenai kehadiran pelajar 'chambering' di EGM tersebut yang turut mengundi usul yang dibentangkan sedangkan mereka tidak layak untuk mengundi.   Ini menyebabkan ramai ahli yang tidak puas hati dan mendesak agar Mesyuarat tersebut diumumkan sebagai tidak sah. 

Menurut Presidennya, Lim Chee Wee, resolusi tersebut tidak boleh dipertikai tetapi pihak yang mempertikai boleh membawa perkara tersebut ke mahkamah.  Alasan beliau, ahli-ahli punya hak untuk bertentangan pendapat.  Dalam ertikata lain, Majlis Peguam berhak membuat keputusan apa saja walaupun terdapat fakta yang disembunyikan serta dikira di atas undi yang tidak sah.

Jika Majlis Peguam sendiri tidak menitikberatkan undang-undang, atas dasar apa lagi harus kita hormati mereka sebagai pengamal undang-undang?  

Walaupun Majlis Peguam cuba menafikan tetapi umum sedia maklum bahawa Majlis Peguam adalah proksi kepada Pakatan Rakyat. 

Justeru, tidak mustahil tindakan Majlis Peguam ini adalah berdasarkan undang-undang baru yang bakal diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat (PR) jika mereka memerintah. 

Dalam undang-undang PR ini, mana-mana rakyat yang tidak puas hati terhadap sesuatu perkara boleh berarak di mana saja, mengganggu sesiapa saja dan menceroboh mana-mana kawasan larangan bagi  menyatakan ketidakpuasan hati mereka.  Jika dihalang oleh pihak berkuasa, maka mereka berhak mengganas dan pihak berkuasa tidak boleh sama sekali mengambil tindakan terhadap mereka. 

Selain itu, undang-undang baru ini juga membenarkan pihak pengamal undang-undang untuk menyembunyikan mana-mana bukti atau fakta yang tidak memberi keuntungan atau tidak menepati kepentingan mereka.  Hukuman juga boleh dijalankan dengan hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja. 

Kita telah pun menyaksikan undang-undang ini dipraktikkan oleh Majlis Peguam sendiri hari ini, serta dalam pemilihan parti PKR suatu ketika dahulu di mana membawa kepada pergaduhan besar dan memaksa beberapa pemimpin dan ahli keluar parti. 

Mungkin Majlis Peguam perlu 'merasa ubat mereka sendiri' (a taste of their own medicine) sepertimana yang dilalui oleh Ambiga, bekas Presiden mereka serta Penganjur BERSIH 3.0 baru-baru ini.  

Apabila Ambiga 'disuapkan' dengan Perhimpunan Aman oleh para peniaga di hadapan rumahnya, beliau tiba-tiba melenting dan meroyan marahkan para peserta. 

Justeru, kita agak, mungkin Lim Chee Wee juga ingin sangat merasa ubat yang sama iaitu mengundang Perhimpunan Aman di hadapan rumahnya pula.  Lebih elok jika perhimpunan tersebut bertukar ganas dengan para peserta memprovok, mencabar, menghamun, mencacinya, dan kemudiannya melompat dan memusnahkan keretanya serta mencederakannya. 

Dalam pada itu, pihak polis adalah dilarang sama sekali untuk masuk campur atau akan didakwa oleh Majlis Peguam sebagai 'keganasan polis'.  Apa kata Lim Chee Wee?



Monday, May 14, 2012

Irene Fernandez Dan Mentaliti Pendatang



Kita tidak tahu apa motif Irene Fernandez, Pengarah Eksekutif Tenaganita, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), memburuk-burukkan negara sendiri di dalam temubual dengan akhbar Indonesia.  Tajuk temubual tersebut iaitu, "Malaysia Not Safe For Indonesian Migrant Workers' yang merupakan lanjutan kepada kes tiga rakyat Indonesia yang disyaki penjenayah ditembak mati oleh PDRM pada Mac lalu, sudah cukup untuk menyatakan segala-galanya.

Dakwaan Irene jelas berupa 'sembrono' iaitu tanpa berasaskan fakta dan angka, tetapi hanya berasaskan sifat khianat terhadap negara sendiri.   Katanya, wanita asing yang ke Malaysia berisiko menjadi objek eksploitasi, penderaan fizikal dan keganasan seksual oleh majikan yang kemudiannya membayar rasuah kepada polis dan kerajaan agar tidak dikenakan tindakan.  Kerajaan Malaysia pula dikatakannya mengamalkan diskriminasi dengan mengecualikan sektor buruh dan pembantu rumah daripada pengenalan upah gaji minimum.

Pendek kata, Irene cuba sedaya upaya menggambarkan Malaysia sebagai negara yang tidak selamat dengan rakyat yang kejam, polis yang korup dan kerajaan yang zalim.   Dia kemudiannya menggesa agar pemerintah Indonesia tidak menyambung usaha menghantar pekerja ke Malaysia.

Ramai yang menggeleng-gelengkan kepala membaca kenyataan Irene, bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia tetapi rakyat Indonesia juga.   Kita hairan melihat betapa Irene langsung tidak punya semangat patriotik terhadap negaranya sehingga sanggup memfitnah dan memburukkan segala-galanya mengenai negara sendiri. 

Bukan sukar untuk menangkis fitnah Irene, malah Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa sendiri menegaskan bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak melanggar undang-undang malah langsung tidak mencuri organ ketiga-tiga rakyat Indonesia yang ditembak akibat disyaki penjenayah tersebut.   Pemangku Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) juga menyangkal dakwaan Irene dengan menyatakan bahawa Malaysia adalah lubuk emas kepada warga Indonesia dan buktinya, pada hari ini, terdapat 200,000 pembantu rumah warga itu di negara ini.   Itu belum lagi dicampur dengan pendatang tanpa izin.   Ini kerana mereka sendiri tahu bahawa kes penderaan yang melibatkan warga tersebut di negara ini adalah kes terpencil dan sangat kecil.

Kerana itu, saban tahun terdapat beribu-ribu rakyat Indonesia yang sanggup bergadai nyawa hanya untuk datang ke Malaysia.   Jika Malaysia seburuk yang digambarkan Irene, kenapakah Malaysia masih lagi menjadi destinasi utama bagi rakyat Indonesia mencari rezeki?  Apakah rakan-rakan dan sanak-saudara mereka yang pernah ke sini tidak memberi amaran kepada mereka agar tidak ke mari?  Kenapakah warga mereka yang berada di sini, majoritinya enggan pulang kembali ke sana malah bercita-cita untuk mengangkut kesemua sanak saudara mereka ke sini?

Justeru, di manakah rasionalnya dakwaan Irene?

Sukar untuk kita membincangkan motif Irene dalam hal ini, tetapi jika kita tidak tahu siapa dirinya, mungkin kita akan menyangka yang beliau adalah bekas pembantu rumah yang pernah melalui pengalaman didera secara seksual, fizikal serta menjadi mangsa penipuan majikan yang tidak bertanggungjawab.   Hanya itulah saja penjelasan yang logik tentang kenapa beliau menyimpan dendam yang membara sehingga tidak mampu lagi melihat fakta dan angka.

Sama ada ini benar, atau Irene hanyalah salah seorang dari segelintir rakyat Malaysia yang bermentaliti pendatang iaitu yang tidak langsung mempunyai taat setia dan cinta kepada negara ini.   Selalunya yang bermentaliti pendatang ini adalah kaum Cina yang tidak dapat memisahkan diri dari akar umbi negara asal nenek moyang mereka.  Namun, akhir-akhir ini muncul golongan liberal India dan juga Melayu yang juga mempunyai mentaliti yang sama walaupun tidak berakar umbi dari negara asal mana-mana.

Bagi yang bermentaliti pendatang, sudah menjadi pegangan mereka bahawa segala-galanya tentang Malaysia adalah buruk, walaupun pada hakikatnya mereka tergolong dalam golongan yang senang lenang atau mewah.   Mereka sering melaung-laungkan yang diri mereka ditindas walaupun di masa yang sama mendabik dada penuh bongkak kerana menjadi golongan penyumbang terbesar kepada cukai negara.   Bagaimana minda mereka menjustifikasi konsistensi antara orang yang tertindas tetapi kaya dan bongkak, tidaklah dapat dipastikan.

Yang pasti, bagi Irene Fernandez dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya iaitu yang bermentaliti pendatang, Malaysia adalah neraka. 

Malang bagi Malaysia kerana hari ini, manusia seperti Irene mendapat lebih kekuatan untuk terus mengkhianati negara ini akibat terdapatnya sokongan dan bantuan yang tidak berbelah bagi dari parti politik pembangkang kita.  Kini, Irene, Anwar Ibrahim, Ambiga, Nurul Izzah, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang semuanya berdendang bersama lagu 'Malaysia Neraka Dunia'.   Malah, mereka juga tidak jemu-jemu berusaha untuk menjadikan Malaysia neraka yang sebenar dengan mengsabotaj ekonomi melalui rusuhan jalanan selain usaha berterusan memburukkan imej dan nama negara di serata dunia seperti yang dilakukan Irene.

Apa yang orang luar tidak tahu ialah Malaysia adalah satu-satunya neraka dunia di mana mereka yang 'tertindas' ini boleh bermaharajalela mengutuk dan menghentam kerajaan sesuka hati, menunjuk angkuh serta menghina penduduk asal sambil bersantai minum petang di hotel lima bintang setelah habis membeli belah di Harrods, London atau Emporio Armani, Paris kalau pun tidak di Isetan, KLCC, sebelum pulang berehat di rumah agam mereka masing-masing. 

Mungkin juga mengikut kepercayaan golongan bermentaliti pendatang ini, inilah kehidupan di neraka yang sebenar.  Dan kerana itu mereka berusaha melakukan penipuan, menyebar fitnah, pengkhianatan dan kerosakan di muka bumi semata-mata kerana ingin sangat ke neraka bila mati nanti.

Siapa Nik Aziz Berbanding Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa?


 

Berikut adalah kenyataan Nik Aziz tentang fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai BERSIH, "…apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata."  Nik Aziz juga menuduh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai tidak tahu menahu mengenai tuntutan BERSIH, tidak mendengar penjelasan ke dua belah pihak serta bersifat berat sebelah.  Bahasa mudahnya ialah, bagi Nik Aziz, jika sesuatu keputusan itu tidak memberi keuntungan kepada PAS, maka secara automatik ia adalah tidak adil atau berat sebelah atau pembuat keputusan adalah orang yang jahil atau jahat.
 

Dalam erti kata lain, garapan pendapat 24 orang Ulama termasuk 14 Mufti adalah tidak setanding dengan pandangan seorang Ulama PAS, sekiranya ia tidak mengambil kira kepentingan parti PAS.  Justeru, kita ingin bertanya Nik Aziz, atas dasar apa beliau menuduh ahli-ahli jawatankuasa majlis fatwa sebagai berat sebelah atau tidak tahu butiran terperinci mengenai BERSIH?


Adalah tidak masuk akal bagi jawatankuasa tersebut untuk membuat fatwa tentang perkara yang menjadi permasalahan, tanpa terlebih dahulu mengkaji kesemua aspek mengenainya.  Pastinya, jawatankuasa ini telah mengambil masa meneliti, merujuk, membincangkan, menganalisa, dan memikirkan sedalam-dalamnya mengenai perkara tersebut sebelum mengeluarkan fatwa.


Mereka bukannya budak-budak hingusan atau orang-orang yang tiada kelayakan, untuk mengeluarkan fatwa mengikut sesuka hati dengan hanya mendengar sebelah pihak.  Mereka cukup arif akan tanggungjawab dan amanah besar ke atas mereka agar memastikan fatwa yang dikeluarkan tidak sama sekali dipengaruhi emosi atau sentimen politik semasa. Ahli jawatankuasa tersebut juga bukan terdiri dari satu dua orang tetapi 24 orang kesemuanya yang kelulusan mereka adalah jauh lebih tinggi dari Nik Aziz sendiri.

Maka adalah tidak wajar bagi Nik Aziz untuk menyamakan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dengan Ulama-ulama PAS yang begitu mudah mengeluarkan fatwa sesuka hati mengikut emosi dan kepentingan parti.   Sedangkan, tidak semua Ulama di Malaysia ini gila politik seperti Ulama PAS dan tidak semua orang dungu seperti pengikut-pengikut PAS. Nik Aziz harus sedar bahawa di luar 'dunia PAS' yang sempit itu, manusia masih boleh bertindak secara rasional dan professional tanpa mengaitkan segala-galanya dengan politik.  Hanya di dalam dunia PAS sahaja di mana manusia melakukan segala-galanya atas nama politik dan juga nafsu kerana di dalam dunia PAS, akal adalah tidak perlu sama sekali.


Oleh itu, janganlah Nik Aziz menganggap Ulama-ulama lain juga sepertinya.

Ulama lain, seperti mereka yang menjadi ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak perlu mengubah atau memanipulasi hukum hakam dalam Islam demi kepentingan sesiapa.  Mereka bekerja kerana Allah S.W.T bukan kerana ingin ke Putrajaya.  Dan Nik Aziz tiada hak mahupun kredibiliti untuk mempertikai cara mereka bekerja dan mengeluarkan fatwa.
 

Nik Aziz sebenarnya yang patut belajar mengkaji bukan sahaja mengenai BERSIH dan tuntutannya tetapi juga mengenai agama Islam itu sendiri.  Kita bimbang kalau-kalau Nik Aziz terlepas pandang akan peringatan Allah S.W.T mengenai Ulama jahat di akhir zaman yang amat menepati sifat dirinya.  

Tuesday, May 8, 2012

Umi Hafilda Mengesahkan 'Aiskrim' Azmin Ali Di Cemari Bakteria E-Coli?



Mengikut satu kenyataan rasmi Azmin Ali sehari lepas, dia menafikan yang dirinya terlibat dalam 'projek aiskrim' sepertimana yang tersiar dalam banyak blog tika ini. Logik jugalah penafian tersebut, selaku Timbalan Presiden PKR merangkap wakil rakyat bergelar Yang Berhormat tentu sahaja jatuh 'kemaluannya' bila terdedah foto-foto sedang 'jual beli aiskrim' sambil mengukur baju dan seluar dalam tandas.

Dalam tandas pula macam-macam bakteria ada; salmonella, serratia, shigella juga e.coli (sebutan: e-kolai, jangan salah sebut :)). Takkanlah seorang yang berprestij, berpendidikan dan berjawatan tinggi seperti Azmin Ali tak pernah mengambil tahu soal kebersihan, ye tak? Masalahnya sekarang, rupa paras dari bawah sampai ke atas dah sahih serupa dengan tuan badan yang menafikannya. Tengok kot manapun sama tiada beza walau sekelumit pun. Alasan segelintir pihak yang mendakwa ianya babun dua serupa, payah nak diterima akal. Kalau nak dikata fitnah, dari segi mana? Superimposed? Barang tentu mustahil disebabkan foto tersebut asal usulnya di ekstrak (screen capture) dari beberapa video.

Video pula diperolehi dari beberapa rakaman kamera tersembunyi yang tentu sahaja sengaja diletakkan oleh orang yang rapat dengan si empunya diri ataupun perempuan tersebut. Maknanya, fikir kot manapun ianya melibatkan orang dalam yang mereka kenali.

Bagaimanapun satu kepastian yang kita perolehi hari ini, pengesahan rasmi adik kandung Azmin Ali yang mengakui lelaki tersebut adalah abang kandungnya. Perakuan Umi Hafilda ada meritnya. Adik kandung sendiri dah tentu mengenali abangnya. Jadi tinggal lagi sekarang yang ingin diketahui ramai adakah 'urusan jual belia aiskrim' itu berlandaskan hubungan halal ataupun haram. Maksudnya suami isteri atau sebaliknya. Ikut pada logik, kalau dah laki bini buat apa bercemolot dalam tandas yang diketahui penuh dengan pelbagai bakteria yang membahayakan kesihatan. Tak gitu?

Apa-apa halpun kita tunggu ajalah apa langkah seterusnya dari Azmin Ali. Manalah tahu kot tetiba nanti dia buat sidang akhbar kata perutnya tak boroi, telinganya tak capang semata-mata untuk pertahankan diri - jangan pula ada yang gelak besar, cukuplah menerima hakikat 'jual beli aiskrim' dan 'makan aiskrim' dah sinonim dengan PKR.

Friday, May 4, 2012

Ketua Wanita MCA Melaka Pertahan Tindakan Hadir Perhimpunan Di Melaka

Ketua Wanita MCA Melaka Pertahan Tindakan Hadir Perhimpunan Di Melaka




MELAKA, 2 Mei (Bernama) — Ketua Wanita MCA Melaka Datuk Kian Sit Har mempertahankan tindakannya serta tidak akan meletak jawatan dalam parti kerana menghadiri perhimpunan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir Sabtu lepas.
Katanya beliau menghadiri perhimpunan itu atas kapasiti peribadi dan sebagai waraganegara yang prihatin.
“Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, saya menyokong dua perkara penting yang diketengahkan pada perhimpunan itu iaitu menghapuskan rasuah dan supaya pilihan raya umum akan datang ini berlangsung dalam keadaan adil dan bersih. “Perkara ini baik untuk rakyat keseluruhan dan saya menghadirinya kerana saya rasa dua perkara sebagai isu nasional ini perlu disokong,” katanya ketika dihubungi di sini.
Kian diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini bahawa Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta beliau meletak jawatan sebagai Ketua Wanita MCA kerana penglibatannya dalam perhimpunan yang disokong pembangkang itu.
– BERNAMA

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.