Tuesday, December 22, 2015
Monday, December 21, 2015
Pemasangan Meter Pintar Ke Seluruh Melaka Akhir 2016
Ayer Keroh, 19 Disember 2015 - Pemasangan Meter Pintar (Smart Meter) akan diperluaskan ke seluruh Negeri Melaka menjelang akhir tahun 2016 seiring dengan Pelan Tindakan Badaraya Hijau kerajaan negeri, kata Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Unit Perancangan Ekonomi Negeri Melaka, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Dato' Ismail Hamad.
''Kerajaan Negeri Melaka amat berbangga menjadi salah satu di antara dua
bandar yang terpilih untuk Projek Perintis Smart Meter,'' katanya ketika
melancarkan portal meter pintar di Balai Raya Taman Tasik Utama, Ayer Keroh,
Melaka.
Menurutnya, Melaka komited terhadap usaha-usaha untuk meningkatkan tenaga
lestari dan amalan kecekapan tenaga seperti program Meter Pintar. Projek Perintis Pemasangan Meter Pintar telah bermula di Melaka dan
Putrajaya, masing-masing pada penghujung 2014 dan Mac 2015, yang bertujuan
memahami teknologi, peraturan dan cabaran pengguna.
Untuk Negeri Melaka, meter untuk projek perintis telah siap dipasang pada
Mac 2015 melibatkan 800 pengguna di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, Melaka. Manakala di Putrajaya, pemasangan meter di bawah projek perintis dijangka
siap dipasang sepenuhnya pada Januari 2016 dengan melibatkan 200 pengguna.
Sementara itu, Pengurus Besar Negeri (Melaka), Bahagian Pembahagian TNB,
Datuk Baderul Sham Saad berkata, projek perintis tersebut menggunakan teknologi
terkini untuk mengoptimumkan sistem pembekalan elektrik yang secara tidak
langsung akan memberi kesan positif terhadap alam sekitar.
Melalui Web Portal Meter Pintar, 800 pengguna program perintis di Melaka
yang mendaftar akan boleh melihat data penggunaan tenaga elektrik mereka, kos
elektrik dan impak terhadap alam sekitar.
"Justeru pengguna boleh membuat pemantauan terhadap penggunaan
elektrik di premis masing-masing dan ia juga boleh membantu pengguna dalam mengamalkan
kecekapan tenaga elektrik dalam aspek kehidupan harian mereka," katanya.
Labels:
datuk baderul sham,
meter pintar,
portal meter,
smart meter,
taman tasik utama,
tenaga nasional berhad,
TNB,
web portal
Subscribe to:
Posts (Atom)
Advertised
Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.