Friday, February 17, 2017

Guan Eng Sebenarnya Barah Dalam DAP, Bukan 4 Wakil Rakyat Yang Keluar

Apabila pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai menganggap empat wakil rakyat daripada parti itu yang bertindak keluar parti sebagai `barah' maka ia adalah sesuatu yang tidak wajar.

Tan Kok Wai sebenarnya terlupa bukan empat wakil rakyat itu yang patut digelar sebagai barah. Sebaliknya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang sebenaenya patut dianggap sebagai barah.

Tidak dapat dinafikan krisis dalaman parti itu sebenarnya berpunca daripada isu rasuah banglo Guan Eng dan cara Guan Eng mentabdir Penang.

Jika kita perhatikan beberapa kes dalaman DAP yang menyaksikan ahli-ahlinya digantung oleh jawatankuasa disiplin, tindakan diambil disebabkan mereka terlalu lantang dan membuat kenyataan yang dikatakan merosakkan reputasi parti. Hakikatnya ia disebabkan mereka hanya menegur Guan Eng sahaja.

Itulah antara punca dua ahli DAP iaitu Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Goh Leong San digantung keahlian selama setahun pada tahun lepas.

Mereka merupakan dua daripada empat wakil rakyat DAP di Melaka yang mengejutkan ramai dengan mengumumkan keluar parti. Dua lagi wakil rakyat tersebut adalah ADUN Bachang, Lim Jak Wong serta ADUN Kesidang, Chin Ghoong Seong turut ikut jejak langkah Sim.

Bagaimanapun tindakan yang sama tidak pula diambil ke atas Guan Eng walaupun beliau telah didakwa di mahkamah atas dua tuduhan rasuah dan kesnya akan dibicarakan mulai Mac ini.

Dan bagi mengalihkan kesalahan kepada orang lain, Guan Eng mendakwa empat wakil rakyat itu berbuat demikian berpunca akibat kekalahan mereka pada pemilihan DAP Melaka pada 2015. Jika dilihat alasan tersebut, tenyata ia langsung tidak logik.

Kenapa perlu dikaitkan dengan kejadian yang berlaku beberapa tahun lalu. Jika mereka tidak berpuas hati disebabkan kekalahan berkenaan, lebih baik mereka bertindak keluar parti pada masa itu juga, kenapa perlu menunggu hingga sekarang, iaitu ketika tempoh penggantungan itu hampir berakhir.

Ternyata keputusan empat wakil rakyat itu keluar DAP merupakan permulaan kepada krisis dalaman DAP dan ia akan menjadi semakin teruk sekiranya `barah' sebenar tidak disingkirkan.

Ia juga menunjukkan bahawa ahli-ahli DAP sedar bahawa perjuangan parti itu semakin berubah.

Apa pun sesuatu yang menarik untuk dihayati ialah apabila Tong Him menggelar Guan Eng sebagai munafik. Jika beliau boleh menggelar Guan Eng munafik, alangkah memalukan sekiranya masih ada orang Melayu yang mengangkat Guan Eng sebagai `pejuang' mereka.

Fikir-fikirkanlah....

Tulisan :
Beruang Biru
BB281

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.