Tuesday, February 14, 2017

Skandal Forex & BMF, Kit Siang Dah Tikam Belakang Mahathir

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pernah mendesak supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) dan dagangan tukaran wang asing (Forex) yang telah mengakibatkan kerugian besar kepada negara.

Kit Siang turut menerbitkan dua buah buku bagi mengecam Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri berhubung skandal terbabit yang diterbitkan pada 1983 dan 1986.

Kini, Kit Siang sudah menjadi rakan rapat Mahathir, sekali lagi ditanya mengenai desakan agar RCI ditubuhkan, dan Kit Siang menyatakan beliau kekal dengan pendirian berkenaan iaitu menyokong penubuhan RCI.

Tetapi dalam landskap yang berbeza di mana Kit Siang bukan lagi musuh kepada Mahathir tentu janggal apabila Kit Siang bersetuju dengan penubuhan RCI itu.

Apabila Kit Siang menyatakan kekal dengan pendirian agar RCI ditubuhkan, dapat dilihat di sini ia umpama "menikam dari belakang".

Apa sudah jadi dengan perjanjian sulit mereka berdua?

Ia menjadi peluru yang disimpan sementara waktu dan bakal digunakan ke atas Mahathir pada suatu masa nanti.

Bukan sahaja isu RCI ini malah dalam isu melibatkan PAS, jika kita lihat semula kenyatan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Kit Siang dan Mahathir, kita pasti dapat melihat bagaimana DAP membelakangkan Mahathir.

Walaupun Mahathir, pada 21 Januari lalu pernah menyatakan gabungan pembangkang tidak memerlukan PAS malah partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memilih untuk melupakan PAS sebaliknya mahu mengukuhkan kerjasama dengan DAP bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Namun Kit Siang pula melahirkan hasrat yang berbeza apabila menjelaskan bahawa partinya sedia bekerjasama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjayakan agenda politik mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Begitu juga dengan Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan beliau tidak menentang cadangan penubuhan RCI dan mahu siasatan dilakukan sampai ke lubang cacing berhubung skandal Forex dan BMF.

Ternyata dalam kem Mahathir sendiri, banyak yang menyokong RCI, sekali gus menunjukkan bahawa mereka berani bersuara terhadap Mahathir, yang sebelum ini ditakuti ramai ketika beliau menjadi Perdana Menteri sehingga digelar diktator.

Namun dalam banyak pemimpin pembangkang yang bersuara mengenai RCI ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mendiamkan diri.

Mana perginya Muhyiddin? Kami mahu mendengar pandangannya terhadap bosnya, Mahathir. Atau Muhyiddin sedang main "game" bersama Kit Siang dan Syed Saddiq untuk kenakan Mahathir? Boleh jadi.

Tulisan : BB272

No comments:

Post a Comment

Advertised

Kami membuka peluang kepada anda untuk mengiklankan perniagaan anda bersama kami yang boleh dilihat oleh pembaca dan pelawat Aktivis Media Siber.
Jenis iklan :-
1. Banner ( 728×90, 468×60, 300×250 )
2. Iklan Teks Berbaris
3. Advertorial
Untuk iklan jenis advertorial, segala bahan iklan hendaklah disediakan oleh pihak anda (pengiklan) sendiri. Sekiranya memerlukan pihak kami menulis advertorial bagi pihak anda (pengiklan), caj pengiklanan adalah berbeza.
Syarat-syarat pengiklan ialah:-
1. Iklan mestilah bebas dari segala bahan larangan seperti berunsur lucah, MLM, rokok, arak dan lain-lain lagi yang dirasakan tidak sesuai untuk bacaan umum.
2. Tempoh iklan dipaparkan adalah selama satu bulan ( 1 ) dari tarikh iklan anda diluluskan.
3. Pihak kami berhak menolak/memadam iklan anda sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan di dalam iklan tersebut.
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi kami di alamat email ke sahabatmediamelaka@gmail.com . Terima kasih.